CONGRATULATIONS FOR BEING ABLE TO FIND MY BLOG.

Monday, August 29, 2011

aku dah tension

Sekeliling aku buat aku rasa tension, bingit dan rasa nak tumbuk tumbuk sampai lumat. Ternyata aku seorang yang tak boleh terima tekanan sekaligus. Aku betul-betul need someone to talk to. Aku nak melepaskan rasa marah aku bengang aku ketidakpuasan hati aku kepada sesiapa yang sudi mendengar leteran aku, tanpa sedikit pun membalas apa yang aku ludahkan sebaliknya memberi ketenangan kepadaku.

Aku tension bila kena settle kan keperluan untuk Raya, Engagement day, juga kemasukan ke Ipta! Urghh, semua dalam seminggu! Bertambah tension bila teringat tentang Ptptn yang macam pfft walaupun pinjaman ku diluluskan, namun banyak pulak cekadak ptptn ni nak suruh sah kan lah bagai! Bukan tak bersyukur, tapi aku dah kelu dah, siapa yang nak sahkan borang aku ni? PFFFT! Adoyai. Aku mengemas baju-baju untuk ke Universiti. Masukkan ke dalam bagasi, 10 pasang baju kurung je dapat dijumpai, yang lain manatah hahaha. Pedulik ah!

Toiletries belum dibeli. Kasut sukan baru jumpa tadi, kasut hitam tak tahu lah patut beli ke tak. Aku bingung jugak, dalam kemas-kemas, aku terfikir, patut ke aku buang nota-nota semasa di matrik atau simpan dan bawa je kat Uni nanti? Adoyai! Semak betol la. Dah la barang aku macam orang nak pindah! 10 pasang baju kurung pun aku masih rasa tak cukup, wakakaka!
Bagpack laptop pun tak beli lagi! Argh! Dammit! Aku rasa nak hentak kepala jap, pastu masuk sepital pastu dapat delay jap masuk Uni tu. Haha.

Abang aku dah bising dah bilik dia bersepah, sebab aku simpan semua barang matrik aku dulu kat bilik dia. Dah berabuk pun. Adui wina wina! =.=" Aku risau tahap gaban pasal Ptptn lah, siapa nak sah kan? Aku harap siapa-siapa dapat ah sahkan, tak kisahlah sekarang ke atau kat Uni nanti, harap semua berjalan lancar! Urgh, esok raya! (dah raya pun sebenarnya, dah masuk maghrib)

p/s: aku dah la bau ikan. damn ah

No comments:

Post a Comment